"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaman Edan Telah Tiba

DR SHAH NOR BIN BASRI

Zaman Edan

Zaman Gila

Zaman yang berkuasa makin berkuasa

Zaman ramai takut memilih rakan yang baik

Zaman yang penuh kegilaan kuasa

Manusia makin buta bukan dimata tapi jiwa nya buta

Jiwanya penuh kurap

Zaman Edan

Yang kaya akan merangkul harta

Yang miskin mengherat kotak dijalanan

Mancari pekerjaan mahunya di sogok

Mencari kehidupan mahunya di belantara kota

Tiada Pertanian kerana tanahnya milik penguasa

Tiada lagi ikan dilaut kerana di racun penguasa

Anak-anak muda tiada lagi senyum

Kerana senyum itu dicuri silaknat berserban

Kamu akan kesal anak muda

Zaman Edan

Mengapa engkau kembali

Engkau merompak demokrasi

Kerana demokrasi bercinta dengan perompak

Perompak yang merompak kebenaran dan keadilan

Merompak sialan yang tampaknya alim

Perompak yang tampaknya jujur

Zaman Edan

Mengapa engkau kembali

Engkau kembali dunia ku gelap

Yang ramai dikata sedikit

Yang Sedikit dikata ramai

Engkai zalim zaman edan

Kehulu kehilir tangan ku diikat

Mulu ku dibisukan

Zaman Edan

Engkau sungguh rakus

Tapi bukan engkau yang rakus

Sisembab yang rakus

Sialim yang rakus

Sungguh Sial

Engkau memenjarakan kami di kepok padi kosong

Kami akan mati segera

Tak kami menjengok mu lagi wahai zaman edan

Kerana, zaman itu semakin edan, semakin gila

ShahNor Basri

20 November 2022

Ketika berita kononnya Perikatan Nasional Akan Mengangkat Sumpah

Tiada ulasan: