"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi terus bangkitkan isu komunis, Chin Peng

Malaysiakini

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dipanggil polis semalam susulan kenyataannya berbaur hasutan, terus membangkitkan isu komunis dan abu mayat Chin Peng.

Dalam tulisan terbarunya hari ini, Abdul Hadi secara sinis mendakwa ada pihak yang menolak "kebangkitan Mat Kilau" kerana dikaburi dengan abu mayat Chin Peng.

Lebih malang lagi ia membabitkan pengundi saluran satu yang berusia lebih setengah abad berlambangkan keris pahlawan Mat Kilau, yang dipercayai merujuk kepada Umno.

"Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menunjukkan kebangkitan pengundi muda Melayu Islam yang melakukan perubahan secara demokrasi dengan semangat keris Mat Kilau sebagai seorang pahlawan yang menentang penjajah.

"Namun, masih ada segelintir generasi daripada saluran satu yang sesat lebih setengah abad, walaupun mereka juga berlambangkan keris pahlawan Mat Kilau yang kemudian dilemparnya jauh pergi.

"Mata mereka telah dikaburi oleh abu mayat Chin Peng, seorang pahlawan komunis sehingga terikut-ikut dengan teori Machiavellianisme, the ends justify the means.

"Teori ini disokong oleh golongan yang ditentang dan dimaki hamun sebelum ini, serta para profesor (ilmuwan) yang kecil akalnya, walaupun besar ilmunya," tulisnya dalam artikel Minda Presiden PAS yang turut disiarkan di Facebooknya.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di bagi memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan.

Abdul Hadi sebelum ini dikatakan mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Dia turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu 'tidak bermoral'.

Susulan itu PH membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Laporan polis itu dibuat Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Malah, sebelum ini, ahli Parlimen Marang itu juga didakwa memfitnah orang bukan Islam.

Mereka dikatakan memperhebatkan serangan bermotifkan perkauman dan agama terhadap kerajaan selepas PN gagal menawan Putrajaya sejurus PRU15.

Ini sehingga menyaksikan Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan supaya tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan untuk menghasut masyarakat.

Malah, sebelum PRU15 Abdul Hadi didakwa sebagi penyebar utama 'retorik mengapi-apikan'.

Menurut penemuan pemantauan media sosial oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), pemimpin PAS itu adalah "antara individu utama yang menyebar luas naratif bersifat kebencian, tidak boleh bertolak ansur, rasis dan memecah-belahkan."

Tiada ulasan: