FMT Reporters
PETALING JAYA: Dua individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan kes bunuh seorang lelaki di Danau Kota, Setapak.
Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata laporan berkaitan kejadian dibuat adik mangsa kira-kira 1.48 pagi tadi.
Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
“Mangsa berumur 56 tahun dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah lori diletakkan tepi jalan di lokasi kejadian.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Ashari berkata, susulan laporan itu dua suspek warga tempatan berusia 36 dan 37 tahun diberkas di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan dijalankan mendapati suspek mengalami kecederaan di bahagian telinga, bengkak di bahagian kepala dan bahagian pipi selain terdapat kesan darah dari dalam mulut,” katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan