"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi ‘ghaib’ lagi di Parlimen walau kerap dakwa PN boleh ambil alih Putrajaya

HarapanDaily.com
Kelibat Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan semasa Perdana Menteri membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Ketiadaan Presiden Pas itu dapat dilihat dalam satu gambar yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelihatan kerusi di sebelah kiri Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Mahiaddin Yassin kosong tanpa kehadiran Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Hadi memang sohor dikenali sebagai Ahli Parlimen ‘liat’ menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Tahun lalu, individu yang dipuja penyokong Pas sebagai ‘tuan guru’ itu dilapor merekodkan kedatangan ke Parlimen terendah dengan cuma menghadiri 21 daripada 71 sesi.

Meskipun begitu, Hadi dengan selamba mempertahankan rekod ‘ponteng’ sidang Dewan Rakyat itu dengan membandingkan kehadiran pelajar ke sekolah.

‘Dalil’ beliau, kehadiran Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat tidak boleh disamakan dengan kedatangan pelajar ke sekolah kerana ia berbeza daripada segi sistem dan perjalanan.

Menurutnya, ramai tidak memahami peranan Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat kerana ia berbeza berbanding kehadiran pelajar ke sekolah pada setiap hari.

Bahkan, Hadi berkata, selain bergelar Ahli Parlimen Marang, dia juga ketika itu menggalas tanggungjawab sebagai Duta Khas ke Timur Tengah sekaligus membataskan masanya ke Dewan Rakyat.

Dalam masa sama, foto itu juga merakamkan aksi Mahiaddin yang dilihat sedang menjeling ‘panas’ Perdana Menteri di hadapannya.

Bapa mentua kepada Datuk Muhammad Adlan Berhan yang dalam senarai Polis Antarabangsa (Interpol) itu nampak sedang berbisik dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut.

Susulan itu, orang ramai berbilang kaum meninggalkan komentar berbaur sindiran termasuk menyangka sudah berlakunya perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.

“Marang sentiasa cuti.

“Hadi mana Hadi? Ponteng lagi?

“Lain macam jelingannya.

“Mahiaddin: Dah 43 Ogos ni, tak tumbang tumbang lagi mamat ni.

“Laaa… tak angkat sumpah lagi ke yang depan tu?” demikian antara usikan warganet.

Sebelum ini, Hadi yang sedang disiasat Bukit Aman berhubung kenyataan mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan, berulang kali menimbulkan kemungkinan PN akan mengambil alih Kerajaan Pusat.

Malah, Hadi mengulang ‘angan-angan’ sama pada sidang media selepas PN Terengganu menang semua 32 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan lalu.

“Kita melihat PH perlu mempunyai 80 kerusi terlebih dulu di samping Sabah, Sarawak dan BN yang memberi dokongan macam sementara waktu sahaja.

“Malah, kita difahamkan ada SD (akuan bersumpah) yang dibuat seterusnya dibentuk kerajaan sebegitu rupa manakala ahli-ahli parlimen dari BN termasuk Sabah dan Sarawak menunjukkan sikap tidak senang… jadi pembangkang atas kerajaan, itu yang berlaku.

“Keadaan ini, kita mengharapkan akan menyaksikan perubahan untuk menyokong kita dengan mendapat majoriti untuk PN mengambil alih kerajaan,” kata Hadi selepas pengumuman keputusan PRN di Dewan Tok Guru Rusila, Marang pada 12 Ogos lalu.

Tiada ulasan: