FMT Reporters
Bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad diakui pihak penganjur tersilap disenaraikan sebagai penceramah, dalam program ‘Pulangkan Najib’ di Melaka.
PETALING JAYA: Gerakan dikenali “Pulangkan Najib” mengakui berlaku salah faham berhubung penglibatan bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad, dalam sesi dialog dijadual berlangsung di Melaka, malam ini.
Jurucakapnya, Wan Muhd Zuhir berkata, mereka memohon maaf di atas kesilapan tersebut, namun mengharapkan Hamid dapat turut serta dalam sesi dialog akan datang.
“Usaha memberi edukasi tentang ketidakadilan yang dihadapi Najib Razak akan terus digerakkan tanpa henti.
“Kami juga sangat berharap untuk bersama mendapatkan pandangan dan input daripada bekas ketua hakim negara bagi siri yang akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Hari ini, Hamid menafikan beliau diundang sebagai speaker untuk “Dialog Pulangkan Najib” di Melaka seperti dalam poster, sambil menegaskan beliau tidak tahu menahu dialog itu dan tidak pernah bersetuju hadir sebagai “speaker”.
Beliau turut menggesa penganjur membuat permohonan maaf.
Wan Muhd Zuhir berkata, “Gerakan Pulangkan Najib memohon maaf atas kesilapan komunikasi dan keralatan yang berlaku”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan