HarapanDaily.co
DESA HM
Pas dalam dilema. Semua yang dibuat, serba tidak kena. Dek kerana keputusan Perikatan Nasional (PN) yang dimonopoli Pas memutuskan, tidak ada lagi rundingan pasal peruntukan, menyebabkan beberapa MP dari Bersatu tiba-tiba ‘u-turn’ sokong PMX secara peribadi.
Pas yang cuba menunjukkan sikap ‘sombong dan bongkak’ mereka terhadap tawaran PMX, untuk membuat keputusan menamatkan rundingan dan berbincang hal peruntukan Parlimen dengan TPM 2, kini benar-benar memakan diri.
Sikap bodoh sombong Pas kini, sudah tidak lagi dipedulikan oleh beberapa MP dari Bersatu.
Sukar dinafikan, dalam sedikit hari lagi, beberapa orang lagi akan turut menyertai Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli.
Yang tinggal bersama Pas, hanyaah beberapa MP pro pemimpin ‘video kabur’ yang sedang bersiap-siap untuk menerajui parti.
Segalanya sudah disusun rapi. Bermula dari memilih calon dalam PRN yang lepas, team ‘video kabur’ sudah mula memasang strategi.
Majoriti dalam kumpulan itu, mempunyai cita-cita tinggi. Salah-salah haribulan, Pas akan disisihkan ke tepi. Itu yang Pas takut.
Sebahagian kepimpinan Pas sudah mula menghidu sesuatu. Permulaan kepada agenda percaturan itu, ketara apabila ‘Atok’ berjaya menempatkan dirinya menjadi Penasihat SG4.
Semua maklum, ‘Atok’ saka ni, anak didiknya siapa. Semua orang tahu.
Sekarang, Pas sedang pening kepala. Cita-cita untuk memancing Ahli-ahli Parlimen UMNO, GRS dan GPS agar menjadikan PN ‘cukop jumloh’ dan mereka boleh berarak ke Putrajaya, kini bertukar menjadi malapetaka.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berlompatan.
Nantikan, ada beberapa episod menarik lagi yang bakal berlaku dalam Pas khususnya pasca ‘Atok’ saka jadi penasihat, akan saya bongkarkan.
Politik, biasalah. Kalau tidak, masakan lima jawatan teratas, dalam muktamar parti yang lepas, tidak berani dipertandingkan.
Ada kisah menarik… Nantikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan