"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu Ford Ranger tular langgar motosikal empat beranak kena tahan

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
TANGKAP layar video dashcam tular menunjukkan pacuan empat roda melanggar motosikal ditunggang suami isteri dan dua anak mereka.
TANGKAP layar video dashcam tular menunjukkan pacuan empat roda melanggar motosikal ditunggang suami isteri dan dua anak mereka.
Kuala Lumpur: Polis tahan pemandu pacuan empat roda yang memandu melulu dan melanggar empat sekeluarga yang menunggang motosikal di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada Selasa itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera.

Katanya, pihaknya sebelum itu mengesan rakaman video papan pemuka kenderaan mengenai kejadian terbabit yang tular di media sosial.

"Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun, manakala Ford Ranger dipandu lelaki berusia 21 tahun.

"Dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera.

"Kedua-dua pihak membuat laporan polis mengenai kemalangan dan susulan itu, kami menahan pemandu Ford Ranger untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: