"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya sedia berkhidmat semula - Dr Dzulkefly

Malaysiakini

Dr Dzulkefly Ahmad yang baru dilantik semula sebagai menteri kesihatan berkata dia sedia untuk berkhidmat semula selepas 12 bulan berehat.

Ahli parlimen Kuala Selangor itu juga mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

"Dua belas bulan rehat yang baik atau seakan terhenti. Sedia untuk bangkit semula," katanya hantaran di X (dulu dikenali sebagai Twitter).

Pengarah strategi Amanah itu antara yang dilantik kembali menyertai kabinet oleh Anwar.

Dr Dzulkefly akan kembali memegang portfolio lamanya dalam kabinet Dr Mahathir Mohamad sebelum ini iaitu menteri kesihatan.

Dia menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang diberikan tugas baru sebagai nenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dzulkefly adalah menteri pertama berdepan dengan pandemik Covid-19 ketika ia mula-mula menyerang negara beberapa tahun lepas.

Tiada ulasan: