"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya pun panas juga - Rafizi ulas berita rombakan kabinet

Malaysiakini 

Rafizi Ramli yang kekal dalam barisan kabinet selepas rombakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meneruskan tugasnya sebagai menteri ekonomi seperti biasa hari ini.

"Berita paling panas hari ini ialah rombakan jemaah menteri.

"Saya pun panas juga seharian, tapi sebab bersama-sama peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat Usahawan Tani (IPR Intan) di Tanjung Rambutan, Perak.

"Ladang pertanian moden ini dibuka berdekatan dengan Hospital Bahagia memanfaatkan tanah kerajaan yang tidak digunakan sebelum ini," katanya pada satu kenyataan hari ini.

IPR sebelum ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan B40 dan miskin tegar menjana pendapatan mampan bulanan melalui pertanian moden.

"Kami kenal pasti tanah-tanah kerajaan yang tidak digunakan untuk dibuka kepada orang ramai.

"Saya lebih gembira melihatkan bahagianya semua yang terlibat mengusahakan IPR Intan setakat ini – dari penerima, jurulatih pertanian, pegawai-pegawai kerajaan sehinggalah pembeli.

"Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dan Kerajaan Negeri Perak yang banyak membantu membuka jalan kepada kami," katanya lagi.

Tiada ulasan: