"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga Pakistan dalang kegiatan palsu dokumen

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
ANTARA peralatan pemalsuan dokumen yang dirampas pasukan imigresen ketika serbuan di rumah pangsa Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru. FOTO Ihsan JIM Pulau Pinang.
ANTARA peralatan pemalsuan dokumen yang dirampas pasukan imigresen ketika serbuan di rumah pangsa Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru. FOTO Ihsan JIM Pulau Pinang.
Bayan Lepas: Kebimbangan penduduk mengenai warga asing yang sering berkeliaran di rumah pangsa di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru di sini, membongkar kegiatan haram yang didalangi warga Pakistan.

Pendatang asing itu didakwa memproses i-Kad Imigresen, kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan lesen memandu Pakistan palsu buat warga senegara serta asing.

Aktiviti itu tumpas selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menyerbu 11 unit rumah pada 12.30 tengah malam semalam dan 33 individu diperiksa sebelum lima daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Shah Inor Shahbudin berkata, mereka yang ditahan adalah seorang wanita dan lelaki warga Myanmar serta tiga lelaki warga Pakistan.

"Operasi ini dijalankan susulan aduan awam dan risikan JIM berkenaan kegiatan warga asing yang dilihat sering berkeliaran di kawasan penempatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk

"Semasa serbuan di sebuah rumah, anggota operasi menemukan beberapa peralatan elektronik termasuk komputer riba, mesin lamina dan mesin pencetak, selain 246 kad plastik keras yang belum bercetak, tiga pasport sedang diubah suai dan lima i-Kad Imigresen siap dicetak.

"Turut ditemukan ialah tiga kad CIDB siap dicetak dan lima lesen memandu antarabangsa Pakistan di dalam bilik utama rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, turut ditemukan peralatan pengubahsuaian pasport, 57 keping plastik lamina lutsinar, pemacu cakera keras serta tiga telefon bimbit pelbagai jenama.

Selain kesalahan memalsukan dokumen, Shah Inor berkata, antara kesalahan lain ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua mereka ditahan di Depot Imigresen Juru, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya yang memberitahu penguatkuasaan seumpamanya akan dilaksana berterusan bagi menahan warga asing yang melanggar peraturan.

Tiada ulasan: