"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fahami asal-usul gelombang Khawarij Pas kini

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Untuk faham, mesti dikaji semula ‘Fenomena Haji Hadi’ 80-an dan 90-an.

Doktrin Takfiri awalnya disebar atas alasan menjelaskan ‘batasan iman dan kufur’ tetapi akhirnya berlaku budaya kafir-mengkafir dalam kalangan rakyat bawahan.

Misalnya, Haji Hadi katakan, murtad sesiapa yang tidak melaksanakan hukum Allah dan tidak mendaulatkan Islam dalam negara. (‘Kemestian Penyelesaian Secara Islam’ Bab 3, 1981).

Persoalannya, laksana hukum Allah bagaimana? Daulatkan Islam bagaimana? Haji Hadi buat ke semasa Tebuk Atap 33 bulan?

Hal ini mencetuskan terlalu banyak tafsiran dan fitnah dalam minda orang Melayu waktu itu. Ahli Pas telah jadi penghukum mengkafir mukmin lain dalam sedar atau tidak.

Haji Hadi tidak kata ‘penyokong UMNO murtad’ tapi penyokong Pas faham UMNO telah murtad ikut apa yang disyarahkan Haji Hadi.

Pemerintah Melayu UMNO tiba-tiba jadi pihak ‘musuh Islam’ kerana pertahan “Perlembagaan Penjajah, Peraturan Kafir dan Jahilliyyah.” (Amanat Haji Hadi 1981).

Persaingan pilihan raya bertukar jadi pertembungan iman dan kufur

Sebab itu, mereka mula tidak makan sembelihan, tidak hadir jemputan kenduri, kafirkan keluarga dan putus saudara, tidak bertegur sapa, ceraikan isteri dan lain-lain.

Semua ini dibuat atas nama jihad. Jika mati kerana lawan UMNO maka dijanjikan syahid seperti dalam tragedi Memali 1985 yang mengorbankan 18 mangsa. Tun Mahathir kata ‘mati katak, bukan syahid, Hadi yang salah’.

Pas didoktrin sebagai Hizbullah dan UMNO dianggap Hizbusyaitan.

Dalil berkaitan Jihad Al-Qital (Perang) ditafsir di luar konteksnya dan diguna dalam persaingan pilihan raya menentang sesama Melayu-Muslim.

Fenomena Haji Hadi kembali sebagai ‘gelombang Khawarij’

Jadi, kini apabila Haji Hadi menuduh ‘puak sekular, liberal’, sebenarnya ada makna akidah dalam pemahaman dan takwilan ahli Pas. Musuh politik mereka ‘terkeluar dari Islam’.

Sebab itu, kini Haji Hadi tidak kekok untuk gunakan naratif akidah kepada lawannya kerana fikrah Khawarij telah lama tertanam dalam mindanya.

‘PKR lawan al-Quran’, ‘Puak lawan perjuangan Islam’, samakan lawannya dengan munafik akidah dan Zionis” dan lain-lain.

Bezanya kini, tokoh moderate yang dulunya mencairkan sedikit fikrah Khawarij Haji Hadi telah tiada dalam Pas.

Seperti Fadhil Noor, Tuan Guru Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin Ayub, Husam. Hanya Haji Hadi dan Sanusi tokoh pemikir yang bentuk ideologi dan akhlak ahli Pas. Mursyidul Am pun ghuyub.

Yang lebih berbahaya, Pas kini bukan hanya berpolitik gaya Khawarij, tapi juga asobiyyah kaum yang Nabi tidak mengaku umat ikut syarahan Haji Hadi dulu.

Pas akan berjaya meraih undi maksimum jika boleh api-apikan sentimen kebencian Melayu terhadap kaum lain seperti dalam PRU15.

Apa yang lebih berbahaya, assobiyyah itu disalut dengan doktrin agama yang biasanya berakhir dengan tragedi.

Mungkin ini yang dimaksudkan dalam hadith Nabi, ‘dari ulama su’ itu keluarnya FITNAH, kepada mereka fitnah itu kembali’.

Tiada ulasan: