"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga Bangladesh ditetak hingga mati ganggu rakan tidur

Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
LELAKI warga Bangladesh ditetak hingga mati oleh rakan senegaranya yang berang diganggu ketika tidur. FOTO Ihsan Polis.
LELAKI warga Bangladesh ditetak hingga mati oleh rakan senegaranya yang berang diganggu ketika tidur. FOTO Ihsan Polis.
Kluang: Lelaki Bangladesh maut ditetak dengan pisau pemotong daging oleh rakan senegaranya di sebuah flat di pusat bandar ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Mohammad Sobuj, 28, dipercayai dibunuh kerana mengganggu suspek yang juga rakan sebiliknya yang mahu tidur.

Katanya, suspek berusia 27 tahun yang melarikan diri selepas kejadian, berjaya ditangkap di Jalan Nyior dekat Taman Gunung Selatan Empat pada 4.45 petang tadi.

Menurutnya, kejadian itu dilapor rakan serumah mereka yang menemui mangsa dalam keadaan parah pada 10 pagi tadi.

"Mangsa luka di bahagian leher sebelah kiri dan kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis merampas pisau pemotong daging yang ditemui di tempat kejadian manakala, empat rakan senegara mangsa yang lain turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Tangkapan pertama hingga keempat yang berusia 25 hingga 30 tahun menyedari mangsa sudah mati kira-kira 8 pagi ketika mahu ke tempat kerja. Ujian air kencing mereka negatif dadah dan akan direman esok," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: