Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Klip video berdurasi 28 saat itu memaparkan kumpulan penunggang motosikal terbabit, bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi ‘superman’ sebelum seorang daripada mereka hilang kawalan lalu terjatuh.
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'superman' yang dirakam dalam klip video tular memaparkan beberapa individu menunggang secara berbahaya sebelum terjatuh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Klip video berdurasi 28 saat itu memaparkan kumpulan penunggang motosikal terbabit, bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi 'superman' sebelum seorang daripada mereka hilang kawalan lalu terjatuh.
Insiden berkenaan menyebabkan beberapa penunggang lain yang mengekori dari belakang pada kelajuan tinggi turut terjatuh selepas gagal mengelak rakan mereka yang terbabas itu.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu hantaran di Facebook, berkata kejadian dipercayai berlaku berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur.
"JSPT sudah mengarahkan JSPT Pahang mengesan dan menjalankan siasatan terhadap penunggang motosikal yang terlibat.
"JSPT menggesa kepada mereka yang terbabit untuk segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor pendaftaran sudah dikenal pasti ," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan