Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
Melaka: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila dijadikan pemuas nafsu serakah rakan sebilik di sebuah asrama lelaki saudara baharu di Melaka Tengah di sini, yang tergamak meliwatnya sehingga 30 kali, sepanjang Mei lalu.
Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, selepas hampir lapan bulan menyimpan rahsia, mangsa berusia 12 tahun lima bulan nekad menceritakan perbuatan jijik suspek kepada bapanya pada Ahad lalu.
Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa diliwat oleh suspek yang juga penganggur itu dengan kejadian berlaku sejak 14 Mei lalu, kira-kira jam 3 pagi.
"Mangsa mengatakan suspek mengejutkannya daripada tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwatnya tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokannya pada 2 pagi.
"Seterusnya mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira 9 malam dan menyuruhnya meliwat suspek, kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.
"Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas premis berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Zainol, sepanjang di asrama terbabit, kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada sesiapa kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
Beliau berkata, Sabtu lalu, mangsa menceritakan perkara itu kepada bapanya di rumah mereka dan suspek ada datang ke situ, pada 11.45 pagi.
Katanya, suspek cedera dipukul bapa mangsa sebelum ditahan polis dari Balai Polis Tanjung Minyak.
"Siasatan awal mendapati mangsa anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka.
"Mangsa tinggal di asrama lelaki (saudara baharu) itu sejak April lalu bagi memudahkannya pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita," katanya.
Katanya, suspek yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan