"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua maut termasuk wanita rentung kereta putus dua selepas bertembung treler

BERNAMA
ANGGOTA bomba memeriksa kereta Perodua Kancil terbabit kemalangan dengan treler mengakibatkan kereta terbabit terputus dua dan terbakar menyebabkan dua maut. FOTO Ihsan FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang
ANGGOTA bomba memeriksa kereta Perodua Kancil terbabit kemalangan dengan treler mengakibatkan kereta terbabit terputus dua dan terbakar menyebabkan dua maut. FOTO Ihsan FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang
Kuantan: Dua individu maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler berhampiran Kampung Sungai Miang, Pekan malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.22 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Pekan dan Nenasi bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kejadian membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil dipercayai bertembung dengan treler dan mengakibatkan kereta terbabit terputus dua serta terbakar.

"Seorang mangsa lelaki dipercayai pemandu kereta itu tercampak keluar dari kenderaan berkenaan, manakala mangsa wanita tersepit dan terbakar di dalam kereta itu," katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan," katanya.

Tiada ulasan: