"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjual air balang susu ini ‘bantu’ orang ramai cepat potong kaki

AHMAD ISMAIL
Aksi seorang penjual air balang susu di Bangi, Selangor ini membancuh minuman itu buat mata kebanyakan warganet terbeliak.

Menerusi klip video yang dimuatnaik di Facebook, peniaga berasal dari Kelantan itu menggunakan 10 tin susu untuk menyediakan satu balang minuman.

Tin susu yang bersusun dalam balang itu dianggap netizen sebagai ‘tips’ untuk cepat kembali ke rahmatullah.

'Gula-itu-tenaga...'---Penjual-air-balang-susu-ini-'bantu'-orang-ramai-cepat-potong-kaki 01

Penjual berkenaan berkata, terdapat 8 balang di hadapannya dengan perisa antaranya, kopi hazelnut, jagung, vanila strawberi, keladi dan teh ais.

“Gula itu tenaga tapi kalau minum manis, duduk saja, jadi kencing manis…

“Walaupun tiada aiskrim tetapi rasanya dah macam aiskrim,” katanya sambil membancuh air.

Rata-rata warganet yang menyaksikan proses menyiapkan minuman amat manis itu risau dengan kandungannya yang ‘membantu’ pembeli cepat potong kaki.

“Potong kaki starter pack.

“Air potong kaki special.

“Bila lagi nak bantu ‘spike’ kan hormon insulin anda untuk kesejahteraan hidup,” antara sindiran orang ramai.

Diabetes atau kencing manis berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin.

Ini menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga dan mengakibatkan peningkatan paras gula darah.

Kencing manis menyebabkan pelbagai komplikasi kepada penghidapnya.

Seorang penghidap kencing manis berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kerosakan saraf, mata dan kegagalan buah pinggang.

Laporan Registri Diabetik Kebangsaan (2020) mendapati 10.6 peratus pesakit diabetes menghidap kerosakan mata, 5.86 peratus menghidap penyakit jantung dan 1.79 peratus menghidap strok.

Sebanyak 14.38 peratus mengalami gangguan fungsi buah pinggang.

Jumlah perbelanjaan bagi penyakit diabetes adalah sebanyak RM4.38 bilion (45.38 peratus) daripada keseluruhan perbelanjaan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia.

Negara ini juga memegang rekod memiliki penghidap diabetes paling ramai di dunia selepas Arab Saudi.

Tiada ulasan: