"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iran ikrar hukum 'rejim iblis' Israel

Brigadier Jeneral, Mohammad Reza Zahedi yang memimpin pasukan elit Quds antara yang terkorban dalam insiden serangan di Kedutaan Iran di Damsyik pada Isnin. Foto Agensi














Brigadier Jeneral, Mohammad Reza Zahedi yang memimpin pasukan elit Quds antara yang terkorban dalam insiden serangan di Kedutaan Iran di Damsyik pada Isnin. Foto Agensi
TEHERAN - “Pejuang kami yang berani akan menghukum Israel dan akan memastikan 'rejim iblis' itu menyesali perbuatan jenayah mereka kerana membunuh penasihat tentera Iran di Syria.”

Mesej tegas itu diberikan Pemimpin Agung, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, sehari selepas rejim Tel Aviv melancarkan serangan udara menyasarkan bangunan tambahan di Kedutaan Iran yang turut mengorbankan 13 individu termasuk dua jeneral kanan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Brigadier Jeneral, Mohammad Reza Zahedi dan Mohammad Hadi Haji Rahimi yang memimpin pasukan elit Quds.

Teheran juga memberi amaran ia akan melancarkan serangan balas ke atas musuh ketatnya itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan jika ia bakal mencetuskan konflik lebih besar di Asia Barat.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengutuk serangan itu yang disifatkan sebagai pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa.

Menerusi sesi mesyuarat tergempar yang diadakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Timbalan Wakil Tetap Iran ke PBB, Zahra Ershadi menegaskan rejim Tel Aviv cuba meningkatkan lagi ketegangan di rantau itu dengan mengheret negara lain terjerumus ke dalam konflik bersama Israel.

Teheran dengan lantang mendakwa Amerika Syarikat (AS) selaku penyokong kuat jenayah Israel bertanggungjawab penuh.

Tetapi, jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby menafikan penglibatan mereka dalam kejadian tersebut yang turut dikutuk Rusia dan China. - Agensi

Tiada ulasan: