"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah dakwah tepi jalan bekas Adun Teluk Bahang

Siti Nur Shahirah Omar
story-image
Tidak lagi bergiat langsung dalam politik, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang Zolkifly Mohd Lazim kini memilih pentas baru.

Zolkifly, yang perjalanan politiknya penuh warna-warni, menjadi perhatian orang ramai kerana kemampuannya mengajak orang ramai memeluk Islam secara spontan, di tepi-tepi jalan.

Di TikTok, yang pada mulanya dibuat untuk merakam kegiatan santainya, kini dipenuhi dengan video orang ramai mengucap dua kalimah syahadah.

Orang ramai mungkin tertanya-tanya kenapa penerimaannya nampak begitu mudah.

Bagaimanapun, Zolkifly berkata ia tidak semudah yang itu.
Zolkifly Mohd Lazim
Dengan pengalaman 20 tahun dalam bidang dakwah, dia berkata mereka bukan terus mengucap, tetapi diajak bersembang terlebih dahulu.

 “Saya rajin menyapa orang bukan Islam yang saya terserempak di tempat awam dengan memberi pengenalan serba sedikit mengenai agama Islam. 

“Kemudian setelah mereka menunjukkan minat, baru saya ajak minum di restoran macam yang anda lihat dekat video Tiktok. Program itu saya beri nama Komtar Meja Dakwah.

 “Saya akan terang kepada mereka mengenai asas Islam iaitu rukun Islam dan rukun Iman selama 10 ke 15 minit. Jika mereka berminat untuk peluk Islam baru saya akan ajar mengucap kalimah syahadah.

“Bukannya apabila saya jumpa terus suruh ajak mereka mengucap secara tiba-tiba,” ujarnya ketika ditemu bual.

Dia juga mendedahkan mereka yang menyahut seruannya itu sebenarnya sudah mempunyai kefahaman asas berkaitan Islam.

“Kebanyakan orang bukan Islam Malaysia ini dia faham amalan orang Islam seperti solat, puasa, pergi haji, percaya tuhan ini satu.

“Cuma tiada siapa yang ingin mengajak dan memberi pendedahan lebih mendalam berkenaan Islam,” katanya.

Katanya, golongan itu tidak memeluk Islam kerana merasakan susah kerana  banyak “benda kena buat”.

Zolkifly, 60, juga mengakui tidak semua orang menerima dakwahnya dan ada juga yang menolaknya.

Sementara itu, Zolkifly juga berkata dia tidak pernah meninggalkan saudara baru selepas mereka mengucap kalimah syahadah.

“Saya akan memastikan mereka mengikuti kursus wajib selama tiga hari di Pejabat Agama Islam Pulau Pinang,” kata Zolkifly yang juga penaung Persatuan Ikut Pulau Pinang (Myikut).

Myikut yang ditubuhkan pada 2011 untuk memberi bantuan dan bimbingan kepada muallaf.

Zolkifly berkata kelab itu turut turut mengadakan kelas pengajian sendiri dua kali seminggu untuk mereka yang mahu belajar agama Islam lebih lanjut.

 “Kelas yang saya buat ni tempatnya tidak menentu ikut kepada keselesaan mereka. Ada masanya kami berkumpul di restoran.

 “Kuliah ini bukan saya seorang sahaja yang kendalikan. 

“Jika saya sibuk dengan sebarang urusan, ahli persatuan Myikut lain akan turut membantu mengendalikan kelas ini,” katanya lagi.
Ketika bergiat dalam politik, Zolkifly terpalit dalam kontroversi berkaitan kedudukan kerusinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang selepas tidak lagi menyokong Pakatan Harapan (PH).

Mereka sebelum ini memenangi kerusi masing-masing menggunakan tiket PKR.

Tiada ulasan: