KOSMO
GAMBAR menunjukkan murid tersebut ditempatkan di belakang dengan meja yang sangat rendah sementara pelajar lain disediakan meja dan kerusi yang jauh lebih baik. – TRIBUNJAMBI
JAKARTA – Seorang ibu mengamuk selepas melihat anak perempuannya disisih oleh gurunya di sekolah, lapor akhbar Tribun Jambi semalam.
Menurut video yang tular di media sosial itu, anaknya dilihat duduk di belakang dengan meja yang sangat rendah dan kecil seolah-olah duduk di atas lantai beralaskan tikar.
Lebih memeranjatkan apabila pelajar lain memiliki meja dan kerusi yang jauh lebih baik daripada anaknya.
Si ibu kemudian mengamuk lalu memarahi guru di dalam kelas anaknya kerana layanan yang tidak adil.
“Anak saya dipinggirkan di bangku bawah sementara yang lain duduk di atas mengabaikannya di sana,” kata ibu sambil merakam video itu.
Guru itu segera menafikan perkara itu dengan berkata: “Dia tidak diabaikan, ia hanya salah faham,”.
Video yang dikongsikan ini menjadi tumpuan netizen. Biarpun tidak ramai yang berasa kasihan kepada kanak-kanak itu, ramai juga yang menyalahkan pihak sekolah kerana tidak menyediakan kerusi dan meja yang sama seperti kanak-kanak lain.
Ada juga netizen yang mengecam guru itu kerana tiada perasaan simpati melihat kanak-kanak itu duduk di bawah. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan