"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kepala babi ditemui di luar masjid

BHarianonline 
Menteri Dalam Negeri dan Luar Negara Perancis, Gerald Darmanin (kiri) bertemu dengan pegawai Polis Perancis. - Foto AFP
Menteri Dalam Negeri dan Luar Negara Perancis, Gerald Darmanin (kiri) bertemu dengan pegawai Polis Perancis. - Foto AFP
STRASBOURG: Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin menyelar tindakan yang tidak boleh diterima terhadap masyarakat Islam selepas seekor kepala babi ditemui berhampiran sebuah masjid di timur negara itu.

Seorang pendakwa raya berkata, susulan itu siasatan membabitkan hasutan kebencian kaum dibuka selepas jemaah di sebuah masjid di kampung Contrexeville di wilayah Vosges menemui kepala haiwan itu pada hari Jumaat.

Darmanin berkata, dua lagi masjid di utara Perancis juga "dihina".

"Masjid hujung minggu ini di Valenciennes dan Fresnes-sur-Escaut telah direndahkan.

"Sebuah masjid di Vosges juga menjadi sasaran. Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak boleh diterima ini terhadap rakan senegara Islam," katanya di X.

Insiden itu berlaku semasa bulan Ramadan yang mulia, di mana orang Islam berpuasa dari subuh hingga senja dan menumpukan pada solat. - AFP

Tiada ulasan: