"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berang hutang tak bayar, lelaki bakar rumah

Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melakukan khianat dengan membakar rumah dekat Taman Mutiara Rini, semalam kerana isu hutang. FOTO IHSAN POLIS
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melakukan khianat dengan membakar rumah dekat Taman Mutiara Rini, semalam kerana isu hutang. FOTO IHSAN POLIS
Iskandar Puteri: Seorang lelaki melakukan khianat dengan membakar rumah orang yang berhutang dengannya dalam kejadian di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan warga tempatan berusia 22 tahun itu menyebabkan dua lagi rumah teres satu tingkat turut terbakar apabila api merebak dengan pantas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pada jam 6.55 pagi semalam, polis menerima laporan menerusi panggilan telefon oleh seorang lelaki yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri berjaya menahan suspek kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

"Polis turut merampas sepasang baju dan seluar dipercayai digunakan suspek ketika kejadian dan pemetik api," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing didapati negatif dadah.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu hutang antara suspek dan individu yang berhutang dengannya.

"Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan," katanya.

Kumarasan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat untuk membinasakan rumah.

Tiada ulasan: