"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Budak lelaki dipercayai jadi mangsa liwat rakan umur 12 tahun

Buletin TV3 

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dipercayai menjadi mangsa liwat rakan sekolahnya yang berusia 12 tahun, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Menurutnya, kejadian disyaki berlaku di sebuah sekolah di negeri ini, kira-kira dua bulan lalu dan ia terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya.

“Mangsa memaklumkan dirinya diliwat rakan sekolah iaitu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Kejadian berlaku sekali dan susulan itu ibu mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas forum perbincangan Ketua Polis Kelantan Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Berkongsi lanjut mengenai kes itu, Mohd Yusoff berkata, kanak-kanak yang didakwa sudah ditangkap dan disiasat, namun tidak boleh dituduh di mahkamah berikutan tertakluk di bawah Seksyen 113 Akta Keterangan 1950.

Di bawah akta itu, definisi pesalah rogol menganggap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak berupaya melakukan rogol dengan sangkaan yang tidak boleh dipatahkan.

“Justeru itu, saya berpandangan wajar seksyen ini digubal semula bagi membolehkan pelaku dituduh, berikutan banyak kes yang turut membabitkan suspek dalam kalangan kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Tiada ulasan: