"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ha ha FAM buat lawak

Kakitangan tersilap muat naik dokumen daripada ejen, bukan dokumen rasmi dikeluarkan JPN - FAM
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan gambaran yang diberikan dalam keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu dokumen pemain naturalisasi negara adalah tidak tepat.

Pada masa sama, badan induk bola sepak negara itu akan mengemukakan rayuan rasmi dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan terbarunya petang ini, FAM berkata, dakwaan bahawa pemain terbabit 'memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu' adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.

"Kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission atau ralat pentadbiran apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," jelas kenyataan itu.

Menurut FAM, pihaknya kini sedang menyediakan rayuan rasmi dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti kukuh dalam mempertahankan kedudukan pemain dan imej bola sepak negara.

"FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih," tambah kenyataan itu.

Terdahulu, FIFA dalam keputusannya mendapati terdapat pemalsuan dokumen berkaitan datuk dan nenek kepada tujuh pemain yang mewakili skuad kebangsaan, selepas memperoleh salinan sijil kelahiran asal daripada pihak berkuasa negara terbabit.

Badan dunia itu turut menyatakan, dokumen yang diserahkan kepada FIFA berbeza dengan dokumen sebenar yang diperoleh hasil siasatan mereka, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap ketulenan asal usul pemain berkenaan.

Susulan itu, FIFA membuka kertas siasatan terhadap FAM untuk menentukan sejauh mana tahap penglibatan atau kecuaian pentadbiran dalam proses pengesahan dokumen pemain berkenaan.

Pada masa sama, FAM turut menegaskan pihaknya memahami kebimbangan semua pihak termasuk penyokong bola sepak tempatan dan sedang berusaha mengambil langkah segera bagi menyelesaikan isu ini secara profesional.

"FAM sentiasa menjunjung prinsip ketelusan dan bertanggungjawab memastikan setiap proses pentadbiran serta pendaftaran pemain dijalankan mengikut peraturan FIFA," menurut kenyataan itu.

FAM turut menzahirkan keyakinan bahawa rayuan rasmi nanti akan menjelaskan keadaan sebenar.

Tiada ulasan: