"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak perempuan 12 tahun lari dari rumah sebab kena pukul, bapa ditahan polis

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memukul anaknya sehingga kanak-kanak itu melarikan diri dari rumah di Kepong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu dilaporkan hilang semalam sebelum ditemui orang awam di sebuah kedai di Metro Prima.

Menurutnya, satu laporan polis diterima daripada orang awam yang menemui mangsa.

"Mangsa dibawa ke Balai Polis Kepong dan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta rawatan.

"Mangsa memberitahu dipukul oleh bapanya dan melarikan diri dari rumah," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pemeriksaan oleh doktor mendapati mangsa mengalami lebam bawah bibir, calar pada bahagian belakang badan dan sakit pada bahagian kepala.

"Pada jam 4.40 petang bapa mangsa datang ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa.

"Bapa mangsa kemudian ditahan oleh polis untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001," katanya.]

Tiada ulasan: