"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zakir Naik tuntut RM10 juta daripada portal, wartawan berhubung dakwaan HIV

Sean Augustin

PETALING JAYA: Dr Zakir Naik menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada sebuah portal berita berpangkalan di India dan wartawannya berhubung laporan mendakwa beliau mungkin menghidap HIV.

Dalam surat tuntutan dihantar menerusi Akberdin & Co, Naik berkata laporan berkenaan telah mencemarkan imej dan reputasinya, selain memberi gambaran seolah-olah beliau dijangkiti HIV atau terlibat dalam aktiviti yang menyebabkan jangkitan tersebut.

Laporan itu juga menyebabkan beliau menjadi bahan ejekan.

Surat tuntutan Naik itu dihantar sebulan selepas pendakwah kontroversi itu menafikan dakwaan beliau disahkan menghidap AIDS, bertentangan dengan khabar angin yang tersebar di media sosial.

Beliau menyifatkan khabar itu sebagai ‘karut’ dan ‘berita palsu’ ketika menjawab dakwaan bahawa beliau kini dirawat di sebuah hospital swasta di Lembah Klang akibat penyakit berkenaan.

Naik turut menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘ucapan kebencian’ disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Tiada ulasan: