"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: ‘Sukarelawan Malaysia paling teruk diserang’ - Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortagua

HALISYA ISMA ZULKURNAIN
Tangkap layar hantaran oleh @bintu_ftmh yang menceritakan mengenai pembebasan Mariana Mortagua daripada tahanan tentera Israel.
PETALING JAYA – “Sukarelawan dari Malaysia paling teruk diserang oleh tentera Israel.”

Demikian kata Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortagua, seorang daripada sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pengguna @bintu_ftmh di TikTok, Mariana berkongsi pengalamannya ditahan oleh rejim Zionis dan berterima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam misi tersebut.

“Sukarelawan dari Malaysia juga antara yang paling bersemangat dalam memperjuangkan misi kemanusiaan ini,” katanya.

Konvoi yang disertai kira-kira 400 sukarelawan dari 44 buah negara itu menjadi batu loncatan buat dunia untuk melihat kekejaman Israel terhadap Palestin.

Beliau turut menyifatkan aktivis terkenal, Greta Thunberg sebagai seorang yang sangat tabah dan berharap pembebasan ke atas wanita itu akan disegerakan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pelakon Malaysia, Ardell Aryana dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan ekoran tekanan darah rendah selepas diseksa tentera Israel. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: