"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lapan perompak kedai emas di Sungai Golok larikan diri ke Kelantan?

Harapandaily

Pasukan Gerakan Am (PGA) kini sedang memperketat kawalan di sempadan susulan perkembangan dari pihak berkuasa Thailand yang tidak menolak kemungkinan penjenayah merompak kedai emas di Sungai Golok, lolos ke Malaysia.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju, berkata selain kawalan di sempadan, pemeriksaan dan sekatan jalan raya turut dipertingkatkan.

“Kita sudah dimaklumkan berhubung kejadian rompakan di sebuah pusat membeli belah di Sungai Golok. Susulan itu kita perketatkan elemen Op Taring di sempadan.

“Langkah berjaga-jaga dilakukan sejak awal lagi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada anggota bertugas supaya meningkatkan kawalan termasuk di sekatan jalan,” katanya tadi memetik Harian Metro 

Terdahulu media melaporkan, mungkin ada dalam kalangan ahli kumpulan penjenayah yang merompak kedai emas di Pasar Raya Big-C Sungai Golok, Thailand masuk ke Malaysia.

Jurucakap Polis Wilayah 9 dilaporkan berkata, andaian itu berpandukan kepada penemuan dua pacuan empat roda disyaki digunakan kumpulan terbabit di kebun sawit di Mukim Kayukhla, Daerah Waeng, Isnin lalu

Tiada ulasan: