"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Di mana Mimi Nursyafiqah?

Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my
MIMI Nursyafiqah. FOTO Ihsan Polis
MIMI Nursyafiqah. FOTO Ihsan Polis
Kota Bharu: Polis Kelantan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam mempunyai fizikal tubuh yang kurus dan berkulit putih.

"Berdasarkan laporan, mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 48 kilogram (kg).

"Usaha untuk mengesan keberadaan remaja itu giat dijalankan dan polis memohon kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat jika mengetahui informasi berkaitan kes ini.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Affira Idris di talian 017-3204261 atau hotline IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah)

Kota Bharu 09-7752200 atau IPD Kelantan 09-7455622," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran untuk berkongsi maklumat berkaitan.

Tiada ulasan: