"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Mayat lelaki ditemui tepi sungai di belakang Masjid Muhammadi

Hidayatidayu Razali

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui di tepi sungai di belakang Masjid Muhammadi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima maklumat berkenaan penemuan mayat pada jam 10.20 malam.

Katanya, pihak polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menemukan mayat seorang lelaki yang tidak pasti warganegara, berpakaian seluar jeans paras lutut warna biru cerah dan dalam keadaan mereput.

“Bedah siasat dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II dan hasilnya mendapati tiada sebarang suntikan BCG serta lelaki itu meninggal dunia dalam tempoh anggaran lima hingga tujuh hari.

“Tiada sebarang kecederaan luaran pada badan lelaki itu dan punca kematian tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat yang mereput. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil untuk memberi keterangan dengan menghubungi Sarjan Mohd Fazle Mat Ali di talian 018-2436955 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.

Tiada ulasan: