"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Bapa, dua anak lelaki cabul dua adik perempuan

Harapandaily
Bapa dan dua anak lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuannya, di Pasir Puteh pada tahun lalu hingga September lalu.

Tertuduh berusia 65 tahun dan dua anaknya berusia 24 dan 33 tahun dituduh secara berasingan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah, lapor BH.

Dia mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Warga emas tersebut berdepan dua pertuduhan, manakala dua anaknya masing-masing didakwa satu pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan, bapa berkenaan didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya yang kini berusia 12 tahun dan 16 tahun.

Kejadian terkutuk itu berlaku di ruang tamu di sebuah rumah di Pasir Puteh sekitar jam 2 hingga 3 petang pada Julai lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan membabitkan dua beradik pula, masing-masing didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama iaitu adik perempuannya yang kini berusia 16 tahun.

Jenayah keji itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Pasir Puteh pada pertengahan tahun lalu dan 19 September lalu antara jam 12.15 tengah malam dan 12.30 tengah malam.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta 792 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Mohamad Naqib Mohamad Noor.

Terdahulu, Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes berkenaan tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 November depan sebagai sebutan semula kes.

Tiada ulasan: