Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

SUKARELAWAN GSF sujud syukur ketika keluar ke balai ketibaan di KLIA, Terminal 1, malam ini. FOTO Tangkap Layar Youtube Harian Metro.
Sepang: Tangisan dan sorakan kegembiraan disusuli laungan 'Free Palestin' bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, menyambut kepulangan 23 sukarelawan warga Malaysia yang sebelum ini ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), malam ini.
Kumpulan berkenaan tiba di balai ketibaan KLIA pada 11.25 malam ini selepas semua proses berkaitan selesai dengan mendapat sambutan hangat serta rasa syukur ahli keluarga dan orang ramai yang setia menanti kepulangan mereka.
Ketibaan mereka disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Kumpulan sukarelawan berkenaan juga dilihat sujud syukur ketika keluar ke balai ketibaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan