"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Helah 'makan dan lari' gagal, 5 pelancong terperangkap dalam trafik

Agensi
ANTARA pelancong yang cuba melarikan diri daripada membayar bil. FOTO Agensi
ANTARA pelancong yang cuba melarikan diri daripada membayar bil. FOTO Agensi
Jaipur: Mereka datang, menikmati hidangan dan pergi tanpa membayar bil berjumlah 10,900 rupee India (kira-kira RM520) sebelum akhirnya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Itulah kisah sekumpulan pelancong dari Gujarat yang cuba melakukan helah 'makan dan lari' di sebuah restoran di Rajasthan ketika bercuti.

Memetik laporan NDTV, kumpulan lima pelancong itu termasuk seorang wanita berkunjung ke Hotel Happy Day di Siyava berhampiran Mount Abu, Rajasthan.

Mereka memesan pelbagai hidangan dan menjamu selera. Namun, apabila tiba masa untuk membayar bil itu, mereka memutuskan untuk melarikan diri dengan menggunakan alasan untuk ke tandas.

Seorang demi seorang daripada mereka keluar dari restoran itu dengan alasan mahu menggunakan tandas namun, sebaliknya mereka terus masuk ke dalam kereta dan cuba melarikan diri.

Tidak lama kemudian, pemilik hotel dan pelayan menyedari kejadian itu lalu segera mengejar mereka.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta berkenaan menuju ke Ambaji iaitu kawasan sempadan antara Gujarat dan Rajasthan.

Pemilik hotel terus mengejar mereka sambil meredah kesesakan lalu lintas sehingga ke sempadan Gujarat.

Dengan bantuan polis, kesemua lima pelancong itu akhirnya berjaya ditahan.

Pelancong terbabit dilaporkan menghubungi seorang rakan dan meminta supaya wang dipindahkan secara dalam talian bagi menjelaskan bil berkenaan.

Tiada ulasan: