Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ENAM warga Bangladesh yang berpakaian korporat ditolak kemasukan masuk ke negara ini di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. FOTO ihsan AKPS
Bukit Kayu Hitam: Lagak enam warga Bangladesh berpakaian korporat ketika cuba memasuki negara ini kononnya untuk menghadiri program penting gagal mengaburi pihak berkuasa apabila kemasukan mereka ditolak semalam.
Empat lelaki warga Bangladesh itu masing-masing berpakaian sut hitam lengkap manakala dua wanita memakai sari.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kesemua mereka terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 30-an hingga 50-an.
Beliau berkata, kemasukan mereka ke Malaysia melalui jalan darat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ditolak kerana tidak memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan disyaki bukan pelancong tulen.
"Mereka tidak dibenarkan masuk melalui jalan darat dan diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama.
"AKPS sentiasa komited dalam memastikan pintu masuk negara berada dalam kawalan terbaik serta tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak bagi tujuan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan