"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konvensyen Pakatan Rakyat menyuntik semangat menjana kekuatan menggamit harapan

Roslan SMS

Satu lagi detik bersejatah buat PAS, DAP dan PKR yang bergabung dalam ikatan politik yang diberi nama Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini ikatan tersebut digunakan bagi maksud menyertai pilihanraya umum dan membentuk kerajaan negeri di negeri-negeri yang dimenangi bersama, kini ia melangkah setapak lagi dengan membentuk satu muafakat melakar serta menegaskan sikap dan pendirian bersama dalam isu-isu melibatkan dasar bernegara untuk ditatapi rakyat secara serius dan memberi isyarat serta amaran pada BN.

Malah sebagaimana ditegaskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, dalam ucapan perdananya bahawa Pakatan Rakyat kini bukan sekadar suatu gerakan politik biasa ia kini sebuah gerakan massa yang terbaik yang didokong oleh rakyat dan bersedia untuk menuntut dan membawa perubahan.

Pagi tadi berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Auditorium MBSA Shah Alam. Inilah kali pertama kesemua pimpinan terkanan ketiga-tiga berhimpun bersama 1,500 orang perwakilan yang terdiri daripada pimpinan diperingkat negeri dan kawasan-kawasan parlimen untuk membentuk dan memuafakatkan dasar Pakatan Rakyat.
Dato Seri Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Karpal, Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Ustaz Nasharudin keenam-enammereka duduk dikerusi khas di hadapan pentas utama mengadap kesemua para perwakilan.

Memang sukar untuk menyatukan tiga buah parti yang berbeza ideologi namun pertemuan pagi tadi membuktikan yang ketiga-tiga parti berjaya melangsungkannya dan mahu melihat ke hadapan dan membina harapan bagi sebuah Malaysia yang lebih bermakna buat semua. Ini terbukti apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya menyebut bahawa perjuangan Pakatan Rakyat ini perjuangan yang tulen bukan celup, perjuangan yang hak bukan batil ,perjuangan yang makruf bukan mungkar.

Dan dalam hal ini Presiden PAS berpesan bahawa perubahan yang menyeluruh tidak dapat dilaksanakan tanpa persepkatan semua pihak. Yang penting tegas beliau PR perlu mendahulukan perkara-perkara yang boleh disepakati bersama manakala yang berbeza perlu ditangguh dan ditangani dengan penuh kesabaran.

Sebanyak 4 dasar telah dibentangkan yang meliputi demokrasi, ekonomi, keadilan sosial dan hubungan persekutuan negeri serta dasar luar. Ia telah dibahas dan akhirnya disepakati dan diterima oleh semua yang hadir sekaligus dirakmkan sebagai dasar bersama Pakatan Rakyat yang akan dijaja pada rakyat dengan harapan meraih sokongan besar dalam PRU yang akan datang.

Kini tugas kita adalah untuk melangkah bersama bagi memenangi hati rakyat, Ketiga-tiga pemimpin besar PR akur bahawa sepanjang jalan perjuangan memang ada dan malah akan terus hadir sedikit sebanyak pergeseran dan berbeza pendapat yang penting semangat perjuangan ini dibela dan masing-masing perlu matang dan bersedia berhadapan dengan cabaran tanpa menenggelamkan bahtera perjuangan yang besar ini.

Sesungguhnya konvensyen hari ini memberi isyarat kepada semua pimpinan PR agar bekerja bersama untuk mengejar agenda yang sama. Kita akur bahawa kita berbeza tetapi ternyata kita lebih baik, lebih dinamik dan lebih diyakini rakyat berbanding BN.

http://n32.blogspot.com/

Tiada ulasan: