"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

12 rakyat Malaysia hilang di utara India

BERNAMA

Putrajaya: Kementerian Luar (Wisma Putra) sedang giat menyelaras usaha mengesan sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi oleh keluarga masing-masing susulan fenomena hujan lebat yang melanda wilayah utara India Ahad lalu.

Dalam kenyataan Wisma Putra tadi memaklumkan, usaha mengesan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dengan kerjasama pihak berkuasa India.

Menurutnya, pihak suruhanjaya tinggi dimaklumkan bahawa kumpulan terbabit sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung melalui talian +91 85955 50594 atau email ke mwdelhi@kln.gov.my.

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 31 orang maut di negeri Himachal Pradesh akibat fenomena hujan lebat, manakala ratusan pelancong terkandas di daerah Lahaul-Spiti dan Mandi.

Tiada ulasan: