Harapandaily
NORMAN RADZUAN
Jika isu ini dibaca oleh mereka yg terpedaya isu perkauman mesti berkata… Memang kejam PMX, Anwar ini barua DAP, Anwar ini Islam Liberal”….
Itu kalau mereka yang tidak sedar diri mereka sudah diresapi kebencian antara kaum. Sama juga kepada mereka yang tidak mahu menggunakan akal atau Tabayyun dalam berita yang didengar.
Benar kerajaan berikan peruntukan kepada Sekolah Persendirian Cina tetapi isunya adakah benar kerajaan hanya beri peruntukan Sekolah Persendirian Cina?
Yang pasti apa sahaja isu perkauman pasti ia fitnah. Ketika zaman Mahathir geran bantuan sekolah agama telah ditarik balik.
Ia diteruskan di zaman Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan Ismail Sabri utk tidak memberikan geran ke sekolah agama.
Bila Anwar Ibrahim menjadi PM, beliau memutuskan utk mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20 ribu kpd semua Sekolah Agama Rakyat yg berdaftar di bawah Jakim.
Bukan setakat itu Anwar Ibrahim turut memberikan peruntukkan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.
Isu kedua kenapa PASTI tidak dapat? PASTI adalah Prasekolah yg ditubuhkan oleh parti politik dan tidak berdaftar dengan kerajaan. Tidak pasti juga berlesen atau tidak.
Sedangkan sekolah persendirian Cina mereka berdaftar dan mengikuti silibus KPM. Malah gaji guru mereka mengikut standard guru di sekolah milik kerajaan serta mempunyai KWSP.
Lagipun seperti dimaklumkan Ketua Pemuda PAS, guru PASTI merupakan sukarelawan dan PASTI hanyalah program parti sebab itu gaji sesuka hati boleh bayar tanpa KWSP.
Bila kerajaan hendak perjuangkan nasib guru PASTI, kerajaan yang kena maki tiba-tiba mahu peruntukan. Bila gaji RM 600 kerajaan pula dipersalahkan kerana tak beri peruntukan. Play victim konon kerajaan bantu sekolah Cina sahaja tak bantu sekolah Islam.
Yg lagi pelik ketika zaman PN atau PAS bersama Bersatu menjadi kerajaan tidak pula PAS meminta Kerajaan PN berikan peruntukkan kepada PASTI?
Bila orang lain jadi kerajaan baru mahu meminta bajet tersebut. Pelik sungguh sepertimana RUU355 waktu jadi pembangkang sampai berarak ke Padang Merbok tetapi bila jadi kerajaan diam membisu.
Contoh bila jadi kerajaan PAS bersama Bersatu naikkan cabutan nombor judi. Hairan PMX yg dituduh Liberal pula mengurangkan lebih separuh cabutan undi. Siapa yg Islam siapa yg Liberal skg ini?
Bila Cina DAP baca ayat Al Quran depa maki tapi bila India penyokong mereka baca ok. Begitulah juga bila Ustaz Don menyanyi dengan Siti mereka kutuk bila Sanusi menyanyi dgn perempuan bukan muhrim jam 2 pagi Ketua Ulama PAS boleh pusing kata ia pendekatan dakwah.
Bila orang lain dituduh cakap saja bohong, bila depa bohong dikatakan wajib mohong demi menjaga maslahat.
Sebab itu mereka dipanggil penunggang agama. Yg hairannya kenapa masyarakat Melayu tidak boleh berfikir dgn waras?
Saya nak tanya waktu kerajaan PN jadi kerajaan apa yang hebat sangat kamu dapat hingga memanggil Muhyiddin itu Abah?
Muhyiddin beri duit simpanan kita RM 10ribu kamu panggil Abah. Berapa bantuan Abah beri pada kamu dari dana kerajaan ketika PKP? Yang kamu dpt 10 ribu atau lebih itu adalah duit kamu sendiri.
Harga barang mentah mahal kamu panggil Abah. Minyak masak tiada hingga banyak restoran terpaksa tutup operasi sebab kena sorok dengan anak Menteri kamu kata ok?
Perjudian bertambah kamu kata inilah kerajaan sokong Islam. Muhyiddin tak bantu PASTI kamu kata Abah best. Muhyiddin tak perjuangkan RUU355 kamu kata Abah terbaik.
Abah benarkan konsert penyanyi LGBT, Billie Eilish kamu tak marah. Abah tak bagi balik Raya dua kali kamu ok je. Beritahu apa hebatnya kerajaan Abah kamu dahulu berbanding sekarang?
Berhujah dengan fakta! Pesan saya kepada rakan-rakan pengundi atas pagar nak tahu info kerajaan bukan dkt Tik Tok cytro pembangkang, bukan dekat Harakahdaily atau whatsapp kumpulan surau atau masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan