"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Selotep’ bagasi atas bumbung MPV balik raya

KOSMO!
Sebuah MPV Mitsubishi Xpander menarik perhatian ramai apabila beberapa beg dan bagasi diletakkan di atas bumbung kenderaan terbabit. - Foto MEDIA SOSIAL
PETALING JAYA – Dua hari lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Syawal meraikan Hari Raya Aidilfitri dan pastinya orang ramai mula bergerak pulang ke kampung masing-masing sejak Jumaat lalu.

Menariknya situasi kali ini apabila tular di media sosial dua keping gambar memaparkan beberapa bagasi dan beg diletakkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander sewaktu melalui laluan lebuh raya baru-baru ini.

Dapat dilihat juga pemilik kenderaan membalut bagasi-bagasi tersebut dengan menggunakan ‘selotep’ (pita) agar ia kukuh di atas bumbung.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji kreativiti pemilik tersebut kerana mampu berfikir luar kotak agar kesemua bagasi dapat dibawa pulang ke kampung.

“Ini mesti kes nak bawa balik baju satu almari, kreatif bang oi,” seloroh Nikman.

Ada sebahagian netizen turut meninggalkan komen mempersoalkan keselamatan pengguna lain yang mengekori kenderaan tersebut.

“Kukuh kah balutan itu? Buatnya ‘selotep’ putus, mahu tergolek beg roda atas jalan. Kalau terkena kenderaan lain yang ikut belakang lagi bermasalah,” tegur Ayuni.

“Harap selamat lah beg-beg atas bumbung itu. Risau terpelanting kena cermin kereta orang lain,” kata Syahir.

“Bahaya, takut terjatuh beg. Bahaya untuk pemandu lain,” kata Eylanuddinz. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: