"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lepaskan 10 das hentikan, kejar 50km untuk hentikan pemandu lori di bawah pengaruh dadah

Abnor Hamizam Abd Manap
bhnews@bh.com.my

JEMPOL: Polis melepaskan 10 das tembakan bagi memberhentikan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai di bawah pengaruh dadah dalam kejadian 12.25 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian bermula selepas lori dipandu suspek tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar, berikutan ada sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan.

Katanya, tindakan suspek itu menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 40 tahun.

"Sebaik melanggar motosikal berkenaan, suspek melarikan diri sebelum anggota polis mengejar lori berkenaan.

"Ketika melarikan diri, suspek memandu dalam keadaan merbahaya dan cuba menghimpit beberapa kali motosikal ditunggang anggota polis trafik dan hampir melanggarnya serta pengguna jalan raya lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, melihat keadaan bahaya dicetuskan pemandu lori itu, polis melepaskan 10 das tembakan pada bahagian tayar bagi memberhentikan lori berkenaan namun suspek enggan, sebaliknya terus memandu dalam keadaan tayar lori sudah pecah.

Bagaimanapun, katanya selepas 50 kilometer dikejar, suspek berjaya ditangkap berhampiran sebuah ladang kelapa sawit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: