"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penduduk Langkawi resah bertahun-tahun hadap ‘ayaq teh-o’, Kedah nak tiru Kelantan?

SITI NUR ZAWANI

Seorang penduduk di Langkawi, Kedah meluahkan keresahan selepas terpaksa berhadapan dengan masalah air keruh yang didakwa semakin teruk sekarang ini.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Kak Ngah Mia, misi mendapatkan bekalan air bersih di kawasan perumahannya sudah berlanjutan bertahun-tahun dan memburuk ketika waktu perayaan.

Dia memuat naik video menunjukkan aliran air di rumahnya berubah keruh seperti air parit, menyuarakan kekecewaan kerana tidak mampu untuk mendapatkan bekalan air bersih meskipun membayar bil air setiap bulan.

“Air di Langkawi sekarang ini teruk sangat, hari-hari jenuh tidak ada air. Bila dah ada air, warna macam ‘teh o’ lagi.

“Isu air ni dah berapa tahun dah rasa, bil (air) sampai laju saja mereka,” katanya.

Isu tersebut juga menimbulkan kehairanan kerana kawasan lain di sekitar Kedah dikatakan tidak mengalami masalah serupa.

Beberapa penduduk turut mempersoalkan perbezaan antara air paip yang disediakan dengan air parit.

Sementara itu, ada yang mengakui bahawa kawasan lain di sekitar Kedah masih menikmati bekalan air yang baik dan tidak mengalami masalah serupa.

Penduduk juga mempersoal tindakan Syarikat Air Darul Aman (SADA) Langkawi dalam menangani masalah kualiti air.

“Kedah menuju Kelantan,” komen pengguna Facebook menggunakan akaun Kroni Rakyat.

“Aku pun rasa meluat dah tempat lahir aku sendiri. Feri, air (jadi) masalah paling teruk,” kata Taufikurrahman.

Sementara itu ada yang membandingkan dengan kejayaan penyelesaian masalah air di kawasan lain seperti Pulau Pinang dan Kulim.

Namun, mereka merasa hairan mengapa Langkawi masih terus menghadapi masalah kualiti air yang serius.

Isu kualiti air di Langkawi, Kedah, merupakan satu kebimbangan serius dalam kalangan penduduk tempatan.

Masalah ini tidak hanya menimbulkan kesulitan praktikal dalam kehidupan harian, tetapi juga menimbulkan risiko kesihatan.

Penyelidikan dan tindakan segera dari pihak berkuasa, termasuk SADA Langkawi, diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini demi kesejahteraan penduduk Langkawi yang terjejas.

Tiada ulasan: