"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Propaganda ‘Islam terancam’ permainan politik Khawarij

Harapandaily

AHMAD MURSI

Pemuda Pas, Hezry Yasin menghasut agar membenci raja-raja dengan menurunkan tangan semasa berdoa buat Sultan ketika khutbah raya.

Tadah tangan tidaklah wajib, tetapi meuar-uarkan tidakan itu adalah tindakan menghasut.

Alasannya, Sultan tidak meletakkan agama nombor 1, dan tidak pertahan Islam apabila diancam.

Inilah tafsiran mudah dan semborono fikrah Khawarij. Tahap Saidina Ali pun dituduh begini.

Bertubi-tubi isu agama dimainkan untuk gambarkan ‘Islam terancam’, panggilan Kafir, ‘lapik kaki’ bergambar Ka’baah, imej Allah pada kasut, buka kantin sekolah bulan Ramadhan dan lain-lain.

Skrip sama diulang dengan harapan orang Melayu rasa wajar jika Tebok Atap.

Dulu, dimainkan isu ‘Islam Terancam’ kononnya aset Tabung Haji (TH) dijual kepada Cina, isu Adib, LTTE, ICERD dan lain-lain. Tiada tindakan dibuat pun selepas Tebok Atap.

Semasa itu, hampir kesemua isu agama itu berkait dengan portfolio menteri yang terlibat dalam Langkah Sheraton. Sepertinya telah dirancang.

Dapatan RCI Tabung Haji yang ditubuh PN-Pas pula tidak didedah kepada umum. Kalaulah hasil RCI tunjukkan fitnah mereka tepat, awal-awal lagi sudah didedahkan kepada umum.

Agama Islam sepatutnya jadi unsur yang membina kemakmuran dan keharmonian bukan menjadi alat dan senjata adu domba pemain politik seperti lazim permainan Khawarij.

Tiada ulasan: