"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Israel gagal provokasi Iran untuk berperang

Harapandaily

Israel gagal memprovokasi Iran untuk berperang meskipun bajet pertahanan Israel adalah AS$24.2 bilion, manakala Iran pula AS$9.9 bilion.

Pengulas politik, Zainal Rashid Ahmad berpendapat, kegagalan Israel ialah perang ekoran serangan maut terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik sebelum ini tidak akan berpanjangan.

Menurutnya, Israel terperangkap apabila mereka mengebom bangunan tersebut dan tidak menjangkakan Iran telah mengambil langkah yang cekap.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim berkata, Iran mengatakan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel adalah sebagai ‘selesai’.

“Serangan itu sebagai tanda Israel telah melanggar kedutaan mereka di Damsyik.

“Jadi, bila lepas serangan, Israel mengharapkan naratif dunia berubah.

“Semua negara yang membantu Israel menangkis peluru berpandu Iran selain daripada Amerika yang membantu menangkis peluru menggunakan kapal-kapal teknologi tinggi di Laut Mediterranean.

“Mereka juga dibantu angkatan tentera udara Australia yang juga membekalkan jet untuk menangkis sebahagian peluru yang dilepaskan,” ujarnya.

Pada 1 April lalu, rejim Zionis menyerang Konsulat Iran di Damsyik, Syria yang meruntuhkan bangunan itu serta mengorbankan tujuh anggota Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) termasuk dua jeneral.

Ekoran itu, Iran melancarkan serangan balas kepada Israel sehingga membuka mata banyak pihak bahawa ada negara yang tidak akan berdiam diri terhadap kekejaman berkenaan.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, Israel membelanjakan AS$1.37 bilion dalam tempoh perang itu manakala Iran hanya membelanjakan AS$35 juta.

“Kancah perang ini membabitkan 28 kali ganda AS$1.35 bilion telah digunakan kerana senjata penangkis yang dihasilkan oleh Iron Dome dan juga Iron Clad Amerika serta bantuan tentera udara yang datang dari Australia adalah berteknologi tinggi.

“Teknologi dron yang digunakan oleh Iran hanya bernilai AS$9,000 manakala satu peluru penangkis yang digunakan oleh tentera Barat untuk memintas Shahab yang digunakan dalam serangan ini bernilai hampir AS$100,000,” kata Zainal lagi.

Tiada ulasan: