Harapandaily
Tahun lalu, Pemuda Pas Kampar membantah penganjuran Pesta Songkran dengan menyifatkan pesta mandi air itu sebagai bercanggah dengan Islam.
Namun, tahun ini, kerajaan negeri Kedah diterajui Pas rupanya telah meluluskan penganjuran pesta yang menyaksikan peserta saling menyimbah air itu.
Perayaan yang bermula pada Jumaat, 19 April itu dijadualkan akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Untuk rekod, kira-kira 30,000 masyarakat berketurunan Siam di negeri Kedah meraikan Pesta Songkran.
Di Thailand, buat kali pertama tahun ini, Songkran tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ribuan pengunjung memakai membawa pistol dan senapang air berwarna-warni memenuhi Jalan Silom, Jalan Khaosan dan kebanyakan pusat beli-belah di Bangkok untuk menyambut Songkran atau Tahun Baharu Thai.
Mereka menganggap “pertempuran” menggunakan air di jalanan itu sebagai mencuci nasib malang.
Susulan itu, rata-rata warganet menyindir pendirian kerajaan negeri Kedah berhubung penganjuran pesta yang bercampur lelaki dan perempuan itu.
“Ada live band konsert syarie.
“Apa nak diharapkan dari Pas.
“Bazir air amalan syaitan,” demikian antara sindiran warga maya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan