FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Perlis disyaki menerima suapan bulanan RM800 dari sebuah syarikat dua tahun lalu, dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 44 tahun itu menerima wang itu sebagai dorongan supaya Jabatan Perikanan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan dilakukan bot-bot menangkap ikan milik syarikat tersebut.
Sumber berkata, sebanyak enam transaksi dikesan membabitkan akaun bank Pembantu Laut (Gred A19) itu sekitar 2022, lapor Bernama.
Katanya, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Perlis pada 2.45 petang.
Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan