"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hizbullah serang pangkalan tentera Israel dengan peluru berpandu, dron

Bharianonline
Pasukan tindak balas kecemasan tiba selepas menerima laporan orang ramai cedera dalam serangan Hizbullah ke atas Israel, berhampiran Arab al-Aramashe di utara Israel. - Foto REUTERS
Pasukan tindak balas kecemasan tiba selepas menerima laporan orang ramai cedera dalam serangan Hizbullah ke atas Israel, berhampiran Arab al-Aramashe di utara Israel. - Foto REUTERS
BEIRUT: Kumpulan Hizbullah Lubnan yang disokong Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Israel sebagai tindak balas terhadap serangan yang mengorbankan tiga pejuang kumpulan itu.

Hizbullah melancarkan 'serangan gabungan dengan peluru berpandu dan dron letupan ke atas pusat arahan peninjauan tentera' di utara Israel 'sebagai tindak balas kepada musuh yang membunuh beberapa pejuang penentangan di Ain Baal dan Shehabiya' semalam, kata pergerakan itu.

Israel berkata, serangannya di selatan Lubnan membunuh dua komander Hizbullah tempatan dan seorang lagi pejuang.

Sejak perang pada 7 Oktober, pertukaran tembakan merentasi sempadan Israel-Lubnan antara sekutu Hamas, Hizbullah dan rejim Zionis.

Tentera Israel berkata, 'pesawatnya menyerang dan menghapuskan Ismail Yusef Baz, komander sektor pantai Hizbullah', sambil menambah dia terbunuh di kawasan Ain Baal di selatan Lubnan.

Dalam kenyataan lain, tentera berkata, pesawat menyerang dan menghapuskan komander unit roket dan peluru berpandu Pasukan Radwan Hizbullah di wilayah tengah dan barat Lubnan', merujuk kepada pasukan elit kumpulan itu dan mengenal pasti pejuang itu sebagai Mohammed Shehoury.

Ia berkata, serangan berhampiran Shehabiya di selatan Lubnan turut membunuh seorang lagi 'pengoperasi roket dan unit peluru berpandu Hizbullah'.

Hizbullah dalam satu kenyataan, berkata Baz dibunuh tanpa menyebut pangkat atau peranannya, manakala sumber yang rapat dengan kumpulan itu memberitahu AFP bahawa 'komander medan yang bertanggungjawab di wilayah Naqura' terbunuh dalam serangan Israel. - AFP

Tiada ulasan: