"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

19 korban tanah runtuh, dua hilang

AFP
ANNGGOTA menyelamat Indonesia bersama penduduk mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di selatan Sulawesi. FOTO Reuters/ Antara.
ANNGGOTA menyelamat Indonesia bersama penduduk mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di selatan Sulawesi. FOTO Reuters/ Antara.
Jakarta: Sekurang-kurangnya 19 orang ditemui mati dan dua lagi hilang selepas berlaku tanah runtuh di tengah Indonesia, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Ketua agensi bencana, Sulaiman Malia berkata, korban bencana pada Sabtu itu dan mangsa terselamat dikeluarkan dari dua perkampungan terjejas di daerah Tana Toraja di Sulawesi Selatan.

"Setakat ini, 19 kematian disahkan membabitkan empat kematian di Makale Selatan dan 15 lagi di kampung Makale.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain berterusan," katanya kepada AFP.

Tana Toraja dan kawasan sekitarnya kerap dilanda hujan lebat terutama sepanjang minggu lalu yang mengalami hujan berterusan.

"Hujan lebat menghakis tanah di penempatan penduduk letaknya di lereng gunung sehingga berlaku runtuhan dan menimbus kediaman," katanya.

Indonesia terdedah kepada tanah runtuh ketika musim hujan dan masalah itu menjadi lebih buruk di beberapa tempat berikutan penebangan hutan selain hujan berterusan yang mengakibatkan banjir.

Bulan lalu banjir kilat dan tanah runtuh di pulau Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang dengan sebahagian masih hilang.

Bencana turut menghanyutkan puluhan rumah dan memusnahkan sebuah hotel berhampiran Tasik Toba pada Disember.

Tiada ulasan: