SITI NUR ZAWANI
Satu lagi himpunan “anti Anwar” yang diadakan oleh pembangkang di hadapan pejabat Parlimen Tambun hari ini enjadi bahan jenaka pengguna media sosial.
Seruan kumpulan itu untuk rakyat turun berdemo dengan mereka sepertinya tidak menarik minat orang ramai kerana kebanyakan yang hadir hanyalah anggota Perikatan Nasional sahaja.
Himpunan yang sepatutnya mengumpulkan sekali penyertaan orang awam itu nampaknya sekadar berakhir sebagai program “family day”.
“Perhimpunan Anti Anwar bertukar sekali lagi menjadi Family Day,” kata seorang pengguna X sambil memuat naik klip video himpunan tersebut
Sebelum ini program ‘Gelombang Selamatkan Malaysia‘ turut menjadi bahan mainan pengguna media sosial selepas ia terlihat seperti “pertemuan wakil-wakil Pas”.
Himpunan kali ini pula lebih kepada berskala kecil dan tidak mendapat sambutan.
Himpunan ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ diadakan petang tadi dipercayai kerana Perdana Menteri tidak menunaikan lapan tuntutan mereka ketika mereka berhimpun pada 29 Jun lalu.
Beberapa klip video tersebar di media sosial, memperlihat peserta kumpulan berbaju hitam yang dihadiri tidak lebih dari 50 orang.
“Sebab rakyat tahu, dipergunakan parti politik. Penat badan je join demo ini,” kata Muhammad.
Polis pada semalam melarang orang ramai menyertai himpunan tersebut kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah seperti mana yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta736).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan