"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki terselamat koma 224 hari tapi meninggal dunia dilanggar pikap

Agensi
DREW Kohn. FOTO Agensi
DREW Kohn. FOTO Agensi
Washington: Seorang lelaki Florida berusia 30 tahun yang secara ajaib terselamat daripada koma selama 244 hari selepas kemalangan motosikal beberapa tahun lalu, terbunuh dalam kemalangan lain, minggu lalu.

NDTV News melaporkan Drew Kohn berusia 22 tahun ketika dia terbabit dalam nahas pertama pada 2017 yang menyebabkan dia mengalami kecederaan otak dan koma.

Pada satu ketika, semasa dalam koma akibat kemalangan pertama, keadaannya sangat teruk sehingga doktor mempertimbangkan untuk mengambil organnya, tetapi ibunya, Yolanda Osborne-Kohn, enggan berputus asa.

Ibu Kohn masih teringat detik ajaib anaknya mula-mula bercakap dengannya selepas koma dalam tempoh yang lama.

"Ya ibu, saya okey. Saya sayang kamu, ibu," kata Kohn kepada ibunya sebaik sedar daripada koma sebelum ini.

Selepas bertahun-tahun menjalani pemulihan, Kohn berjaya berjalan semula sehingga dia mendapat gelaran "keajaiban zaman moden".

Kohn tersedar daripada keadaan koma selepas lapan bulan dan memulakan proses pemulihan yang panjang.

Bagaimanapun, ditakdirkan nyawanya berakhir dalam kemalangan kedua pula apabila dia dilanggar sebuah trak pikap, pada 26 Julai lalu.

Menurut Pejabat Syerif Jacksonville, Kohn sedang berjalan di Collins Road di Jacksonville, 5.30 pagi, ketika kemalangan itu berlaku.

Pemandu trak pikap mendakwa tidak melihat mangsa namun selepas pelanggaran pemandu itu berhenti serta segera menghubungi talian kecemasan 911.

Namun, Kohn tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada ulasan: