"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Untuk jadi calon Bersatu, pemimpin Pemuda Pas keluar parti

SITI NUR ZAWANI

Tersebar satu surat pemberhentian sebagai ahli Pas dipercayai milik calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Rizwadi, 41, merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang.

Menerusi surat tersebar di aplikasi WhatsApp yang dilihat Harapan Daily, tarikh pemberhentian Mohd Rizwadi sebagai ahli adalah pada 28 Julai 2024.

Surat permohonan keluar dari parti itu dipercayai demi menjadi calon Bersatu pada PRK bulan depan 

“Saya Mohd Rizwadi bin Ismail adalah seorang ahli Pas yang bernombor ahli (tidak jelas nombornya) ingin memohon untuk berhenti menjadi ahli Pas bermula pada tarikh surat ini dikeluarkan.

“Sehubungan dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjadi ahli parti Pas,” demikian tulis surat itu, bersama tandatangan Mohd Rizwadi.

Surat permohonan itu dihantar pada 28 Julai. Ia telah diterima dan diluluskan pada tarikh yang sama oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sehari selepas itu iaitu pada 29 Julai (semalam), beliau diumumkan sebagai wakil Bersatu di DUN Nenggiri.

Tersebarnya surat itu menimbulkan spekulasi bahawa calon berhenti sebagai anggota Pas untuk dicalonkan Bersatu pada PRK kali ini.

Tiada ulasan: