"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mangsa rogol mengaku biasa tidur bersama Adun PN

Harapandaily

Seorang wanita yang dirogol rakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham turut mengaku biasa tidur bersama wakil rakyat dari Perikatan Nasional (PN) itu.

Hal itu terbongkar menenerusi alasan penghakiman yang menyaksikan Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, pemerhati politik Najib Bakar bertanyakan sama ada Hilman akan membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan yang telah memberitahu mereka berzina.

“Dalam perbicaraan, rupanya dapat tahu mangsa ini adalah girlfriend Hilman. Biasa tidur bersama. Biasa mabuk bersama.

“Hari kejadian itu, hari jadi mangsa. Hilman bawa dia celebrate.

“Bila dah mabuk, ditempahnya bilik hotel dan ditinggalkan mangsa dengan Zulfahimin.

“Dia bagi ja girlfriend dia kat kawan sendiri. Sharing is caring kot. Amareka sungguh Adun PN ni rupanya, ya?” perlinya.


Dalam masa sama, Najib menyarankan agar laporan kepada Jabatan Agama Islam berkaitan perlakuan terkutuk itu dibuat.

“Kalau (Hilman) tak lapor, kira betul la kan?

“Boleh dah ni buat laporan kepada Jabatan Agama Islam terhadap Adun PN ni kerana berzina,” tulis Najib lagi.

Untuk rekod, orang ramai boleh memuat turun alasan penghakiman kes rogol yang membabitkan kenalan pemimpin PN berkenaan.

Menerusi dokumen mahkamah itu, Hilman menjemput wanita berkenaan untuk sambutan ulang tahun kelahiran di sebuah restoran di hotel berkenaan bersama tertuduh iaitu Zulfahimin dan beberapa lagi rakan lain pada penghujung 2020.

Selepas makan malam di restoran itu, mereka beredar ke bilik karaoke namun melihat keadaan mangsa yang mabuk, tertuduh mencadangkan bilik hotel ditempah untuk menempatkan wanita tersebut.

Hilman telah memapah mangsa ke bilik hotel bersama tertuduh dan tiga lagi individu.

Namun, mangsa menyedari berada dalam keadaan bogel lalu setelah terjaga pada jam 4.30 pagi, 5 Disember 2020 lalu dia membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akhirnya menjatuhi Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, dengan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan.

Bapa kepada tiga anak berkenaan didakwa merogol seorang wanita berusia 35 tahun, di sebuah bilik hotel di Sri Hartamas, pada jam 1 hingga 3 pagi, 5 Disember 2020.

Tiada ulasan: