"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sepasang lelaki maut dalam lubang pembetung cetus tanda tanya

Harapandaily

Motif dua lelaki berada dalam lubang pembetung sedalam kira-kira 4.5 meter di Jitra, Kedah sehingga menemui ajal mengundang tanda tanya.

Mangsa masing-masing berusia 27 dan 31 tahun maut selepas terperangkap di dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd. Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.29 pagi tadi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
W
“Sebaik tiba di lokasi, disahkan terdapat dua lelaki terperangkap di dalam lubang tersebut.

“Anggota bertindak menggunakan alat pengesan gas bagi memastikan kewujudan gas tertentu di lokasi tersebut.

“Seterusnya, anggota yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta peralatan menyelamat lain turun ke dalam pembetung tersebut.

“Dua mangsa berjaya dinaikkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, dipetik Kosmo!.

Menurutnya, operasi tersebut tamat kira-kira pukul 12.32 tengah hari tadi.

Setakat ini, belum dapat dipastikan mengenai tujuan kedua-dua mangsa berada di dalam lubang pembetung itu.

Tiada ulasan: